FAQ   Search   Memberlist   Usergroups   Register   Profile   Log in to check your private messages   Log in 

HOBI MENONTON~ sila kongsi

 
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> TERBARU: TENGOK WAYANG
View previous topic :: View next topic  
Author Message
eyman hykal



Joined: 08 Jul 2005
Posts: 502

PostPosted: Sun Nov 26, 2006 7:16 pm    Post subject: HOBI MENONTON~ sila kongsi Reply with quote

HOBI MENONTON WAYANG
Tahukah anda, di antara hobi saya sejak di zaman persekolahan ialah menonton wayang. Kegemaran ini adalah kegemaran keluarga. Arwah ibu dan ayah saya suka menonton wayang sebelum adanya TV. Kami menonton sekeluarga khususnya filem Melayu di panggung wayang Lido, di Mersing, Johor.

Kerana itu, sehingga kini saya akan menonton filem Melayu bila termasuk ke saluran yang pada ketika itu menayangkan filem Melayu. Kerana itu, saya bukan sahaja setakat kenal pada P. Ramlee, Nordin Ahmad (nama ini dipilih sebagai nama saya kerana ibu sukakan lakonan beliau) dan M. Amin.

Malah, saya kenal pelakon yang kurang menonjol seperti Ghazali Sumantri, Malek Sutan Muda, Dolah Sarawak, Yusof Latif dan juga M. Bushra. Itu juga termasuk Siti Tanjung Perak, Rokiah, Saemah (ini nama watak dalam Ke Mana Hatimu), Minah Yem dan Annie Jasmin.

Hobi itu diteruskan bila saya menjadi pelajar di UiTM. Panggung Rex dan Cathay di Klang menjadi pilihan saya. Oleh kerana kekeringan filem Melayu ketika itu, selera saya mula bertukar ke filem-filem Inggeris.
Coming Home, Jon Voight; Rocky, Sylvester Stallone dan Star Wars menjadi pilihan saya.

Bila sudah bekerja, masa menjadi sempit. Oleh kerana bertugas yang banyak ketikanya termasuk Sabtu dan Ahad, maka cuti saya tak luak. Cara saya menghabiskan cuti adalah mudah. Saya ambil cuti setengah hari, khususnya pada hari Khamis untuk pergi tengok wayang. Sebenarnya saya ambil masa tak sampai setengah hari iaitu 3 jam sahaja antara 10 - 1 tgh. Pukul 2.00 sudah balik pejabat. Namun saya tak rasa rugi cuti setengah hari.

Kini, staf saya tak hairan kalau saya kata saya nak cuti balik ke Kampung Tanjung Emas. Mereka faham itu Tanjung Golden Village; panggung wayang kegemaran saya. Ataupun bila saya buat-buat batuk pada pagi Khamis, masing-masing dah tau yang saya akan ke 'klinik' pada hari itu. Dan, saya suka menonton sorang-sorang!

Nak tau antara filem-filem terbaru yang saya dah tonton? Antaranya ialah The Departed, Lionardo de Caprio dan Matt Damon; Bilut, Rosyam Noor dan Eja serta Casino Royale, Daniel Craig!

*Jika anda juga kaki wayang, anti wayang ataupun nak kongsi pengalaman menonton, dipersilakan untuk turut serta.
_________________
Back to top
View user's profile Send private message
feedfarid
Participator


Joined: 27 Aug 2005
Posts: 85
Location: Kota Kinabalu - Kuala Lumpur

PostPosted: Wed Dec 13, 2006 3:42 am    Post subject: Reply with quote

Hobi menonton filem.. memang hobby top 3 saya... selepas muzik dan internet. saya ni pun memang kaki wayang gak.. sejak kecik lagi dah diajak tgk wayang..mungkin zaman saya berbeza dengan bro eyman. Masa kecik dulu cinema yang glamer kat Kota Kinabalu masa tu ialah Cathay. Sekarang ni dah takde sebab dah terbakar. Sejak zaman sekolah lagi, akak atau abang selalu ajak gi tgk wayang.. kengkadang tu gi ngan famili laaa..

Sekarang ni kat KL, rasanya setiap minggu mesti tengok wayang. pantang ada time free..biasanya akan pegi hari khamis. sebab hari khamis filem-filem baru akan keluar.Habis class je terus gi Berjaya Time Square.Selalunya pegi dapat student price.. dapatlah diskaun skit.. selain BTS, waktu hujung minggu biasanya akan ke One Utama. Kat sana ada 2 cinema, TGV dan GSC.so, bolehlah berlari-lari. pilih mana yang ada seat.

Biasanya, kalau tak sempat tgk wayang tu, saya akan tunggu sampai DVD keluar. mesti beli punya. tak boleh miss. kat rumah dah banyak koleksi DVD. dan ada antaranya tak main kat wayang. Banyak filem France.

Genre Filem yang saya suka ikut ranking:

1 - Action
2 - Thriller & Horror
3 - Sci-Fi & Fantasy
4 - Comedy
5 - Romance

Last filem yang saya gi tgk ialah Cinta, Death Note, Colic & Dejavu

Kalau bro eyman nak ajak tgk wayang sekali ok gak!!!! biar kaki jumpa kaki. baru ngammmm...hehehe..
_________________

...and it's not easy to be... me
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
hudaakarim



Joined: 16 Nov 2006
Posts: 9
Location: bangi

PostPosted: Tue Jan 09, 2007 1:04 pm    Post subject: Reply with quote

Tengok wayang pun salah satu hobi sy, tapi tak leh selalu g tengok wayang sbb duit tu kadang2 masih diperlukan untuk perkara2 lain yang lebih utama.
Pergi tengok wayang ramai2 seronok sbb lepas tengok wayang tu leh discuss/critique between friends yg tengok sekali.
Wayang terbaru yg sy dah tengok ialah CINTA.Nice story..tak bosan menonton dan rasa nak tengok lagi sekali.. Very Happy
_________________
: : PEACE : :
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
khalsunshine



Joined: 07 Jul 2005
Posts: 18
Location: WPKL

PostPosted: Tue Jan 23, 2007 1:59 pm    Post subject: Reply with quote

huhuhu.....
nk tau sepanjang hidup saya, saya cuma menonton wayang :

1) 2 kali masa kecik (tak ingat umur brapa) - tengok dgn mak saudara & sepupu

2) 2 kali dgn husband (lepas kahwin)

3) 1 kali ngan kengkawan, tu pun masa kat kuching sbb dah tak tau mlm tu nk buat apa......

3) 1 kali masa launching Pontianak Harum Sundal Malam

ada gak ajak hubby tengok wayang skrg ni tp dia buat derk je....sbb masa ada sekali dulu yg p dgn dia tapi saya tido dlm panggung....tu yg dia serik tu...hehehe....tp tu dulu masa tu saya expectating anak sulong.....balik keje mesti la dah letih kan?

nk tengok KUNTILANAK ni......kalo ikut banyak citer yg dah missed....
_________________
Berhati-hati disebalik seribu pujian kerana mungkin terselit sejuta harapan.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
nieys



Joined: 13 Oct 2006
Posts: 30

PostPosted: Wed Feb 07, 2007 1:24 pm    Post subject: Reply with quote

Saya baru jatuh cinta dengan Russell Crow.. hehe.. rasanya nak cari semua DVD yang ada cerita dia.. sebelum ini saya minat benar dengan lakonan Mel Gibson. Filem The Patriot tentunya yang sentiasa menambat hati saya. Jika lima kali menonton maka lima kali jugalah berendam air mata!
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
feedfarid
Participator


Joined: 27 Aug 2005
Posts: 85
Location: Kota Kinabalu - Kuala Lumpur

PostPosted: Sat Feb 10, 2007 5:28 pm    Post subject: Reply with quote

Minat Russell Crowe?? ok gak tu... First time tengok cerita Gladiator, sungguh mengagumkan. Dia aktor terbaik. Tak Heran dia menang Best Actor Oscar untuk filem tu. Memang dah boleh agak dia menang masa tu.

Then, cerita Russell Crowe lain yang best ialah A Beautiful Mind. Cerita ni touching sket. Tak berat, tapi kadang kala buat kita berfikir panjang. Kalau ikutkan dia masih layak menang best actor untuk filem ni. Tapi masa tu, academy nak menangkan actor black, Denzel Washington. So, Russell Crowe takde chance nak menang. Ni lah kalau dah main politik. hehehe..
Pastu layan plak cerita Cinderella Man. Ni pun best gak... rasa naik semangat tengok cerita tu.

Latest Movie yang saya nak kongsi ialah filem The Illusionist. Lakonan Edward Norton. Kisah sorang ahli magic yang cintanya terhalang kerana couple ngan keluarga diraja. Masa umo belasan tahun, dia lari ntah kemana. (belajar magic kot). berbelas tahun lepas tu dia kembali ke tempat asalnya, buat road show magic. Sampai satu masa dia jumpa semula dengan awek lama dia (puteri raja) tapi dah nak kawin dengan seorang putera.

Akhirnya dia guna magic untuk jatuhkan hukuman pada putera raja yang corrupt dan dapatkan awek lama dia. Tengoklah sendiri... memang best.

hehehe...
_________________

...and it's not easy to be... me
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
nieys



Joined: 13 Oct 2006
Posts: 30

PostPosted: Mon Feb 12, 2007 8:35 pm    Post subject: Reply with quote

feedfarid wrote:
Minat Russell Crowe?? ok gak tu... First time tengok cerita Gladiator, sungguh mengagumkan. Dia aktor terbaik. Tak Heran dia menang Best Actor Oscar untuk filem tu. Memang dah boleh agak dia menang masa tu.

Then, cerita Russell Crowe lain yang best ialah A Beautiful Mind. Cerita ni touching sket. Tak berat, tapi kadang kala buat kita berfikir panjang. Kalau ikutkan dia masih layak menang best actor untuk filem ni. Tapi masa tu, academy nak menangkan actor black, Denzel Washington. So, Russell Crowe takde chance nak menang. Ni lah kalau dah main politik. hehehe..
Pastu layan plak cerita Cinderella Man. Ni pun best gak... rasa naik semangat tengok cerita tu.

Latest Movie yang saya nak kongsi ialah filem The Illusionist. Lakonan Edward Norton. Kisah sorang ahli magic yang cintanya terhalang kerana couple ngan keluarga diraja. Masa umo belasan tahun, dia lari ntah kemana. (belajar magic kot). berbelas tahun lepas tu dia kembali ke tempat asalnya, buat road show magic. Sampai satu masa dia jumpa semula dengan awek lama dia (puteri raja) tapi dah nak kawin dengan seorang putera.

Akhirnya dia guna magic untuk jatuhkan hukuman pada putera raja yang corrupt dan dapatkan awek lama dia. Tengoklah sendiri... memang best.

hehehe...


The Illusionist? Pernah tengok poster nya.. belum tergerak hati nak tengok. Best ya? Berilah berapa bintang.. hehehe...
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
feedfarid
Participator


Joined: 27 Aug 2005
Posts: 85
Location: Kota Kinabalu - Kuala Lumpur

PostPosted: Tue Feb 13, 2007 2:47 am    Post subject: Reply with quote

3 setengah bintang.
_________________

...and it's not easy to be... me
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
nieys



Joined: 13 Oct 2006
Posts: 30

PostPosted: Sat Mar 03, 2007 1:07 pm    Post subject: Reply with quote

Saya baru tengok DVD The Persuit of Happyness. Lakonan Will Smith dan anaknya. Memang syahdu. Adaptasi dari kisah benar. Seorang bapa tunggal tidak berumah yang survive dalam kehidupannya.

saya suka dengan cerita-cerita macam ni.. bagi saya, 4 bintang untuk kisah ni.
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> TERBARU: TENGOK WAYANG All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman