| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
eyman hykal

Joined: 08 Jul 2005 Posts: 502
|
Posted: Fri Jul 21, 2006 3:35 pm Post subject: MISTERI DI SEBALIK NOVEL |
|
|
MISTERI DI SEBALIK NOVEL...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
ANDA yang membaca KE MANA HATIMU (KMH) tentu sekali mempunyai perasaan yang pelbagai bila menyelak dari halaman ke halaman, bab ke bab. Sebagai pembaca, anda tentu tidak tahu apa yang akan berlaku pada setiap watak, kesudahan setiap insiden mahupun akhir KMH kecuali jika anda menyelak ke halaman akhir! (He, he... saya pun kadangkalanya begitu bila membaca novel)
PERCAYA atau tidak, saya juga tidak tahu apa yang akan terjadi pada setiap watak yang saya garap! Apa yang saya telah tetapkan ialah kebahagiaan pada kebanyakan watak di akhir cerita. Itu sahaja. Selain dari itu saya biarkan watak-watak itu sendiri bergerak dan berdialog.
SAYA tidak terfikir akan kaitan hubungan Karim dengan Nurul serta Karim dan Razen sehinggalah di penghujung cerita. Di bab-bab awal, saya sendiri tidak tahu bingkai gambar siapakah yang terletak di meja Karim. Foto isterinya? Anaknya? Kekasihnya? Entah saya tak tahu sehinggalah saya mengambil keputusan untuk membenarkan Karim menunjukkan foto itu kepada Nurul.
AH... ada sesuatu yang misteri dan mistik mengenai bagaimana otak penulis berfikir dan mencanai cerita. Saya pernah berbincang dengan Lukman Hakim, wartawan dan penulis yang karyanya kini menjadi siri di sisipan Mega Utusan Malaysia. Katanya, itu kerja bawah sedar.
SAYA setuju. Namun saya percaya langsung kepada kekuasaan ALLAH. Penulis mencipta watak, jalan cerita dan dunia fiksyennya. Seolah-olah dia menguasai atau play god, mengikut tafsiran orang barat. Di peringkat awal menulis, saya percaya pada tafsiran ini.
NAMUN, semakin lama saya menulis, apa yang tidak pernah saya terfikir terlahir begitu sahaja. Adegan Karim dan Dina di LRT, Karim dan Sara pada mulanya adalah pembinaan watak untuk 'menggatalkan' Karim boleh berubah menjadi pembinaan watak seorang ayah yang sudah kehilangan anak gadis lalu berasa terlalu ingin menunjukkan sikap kebapaannya kepada mana-mana gadis yang melintas di garisan hidupnya. Hilang idea asal untuk kisah percintaan pekerja dan bos!
KESIMPULANNYA, walaupun baru dua buah novel, saya amat percaya bahawa ada kuasa yang lebih berkuasa dari idea saya. KMH bukannya garapan idea saya. Ertinya, saya tak boleh play god mengikut tafsiran barat. Saya hanya menyisipkan pengalaman, penglihatan dan pembacaan peribadi melalui watak-watak saya. Tetapi riwayat watak-watak itu bukan kuasa saya menentukan. SubhanALLAH...
Cukup setakat ini sebagai permulaan.
Silakan berforum sementara menanti hidangan novel ketiga yang sedang terbentuk...  _________________
 |
|
| Back to top |
|
 |
faryza

Joined: 17 Jul 2005 Posts: 62 Location: sel
|
Posted: Mon Jul 24, 2006 1:11 am Post subject: |
|
|
askum....
dgn jujur nk minta maaf coz tak hbs lg baca br separuh coz skrang sibuk sgt ngn sem baru.jd bila ada masa terluang pasti sy baca yg pelik yg KMH akan dibawa kena aje sampai blk ke rumah dkamunting prk.
sy ni seorg yg bila baca novel akan baca 1 bab terakhir kemuadian tgh, dan baru bermula dimuka surat pertama dh setetusnya sehingga akhir. jd bila baca memula dr belakang dh bole senyum laa hihii.baca tgh plak..semua nya kebanyak kan dr fragmen.ok la tu. klu ikut kan bole je nk langkau fragmen..tp sy bkn cam tu.sy akan baca setiap barias ayat...coz ade beberapa perkataan yg baru sy jumpa..klu langkau rugi la....betul tak??hiihhiihhi
klu baca dr mula ..mmg watak2 razen,karim n ah sang agak kurang difahami dan x dpt agak ape yg akan jd pd diorg.yg cuma leh baca ttg kesudahan izu,nurul n ayu.ihhihih...
sampai sini dulu penjelasan sy.sbb br sampai bab 26.curi masa dlm bas td tak tido sampai kl.tp x leh nk sambg coz bila senja dh gelap...ihhihiih
ok adios..  |
|
| Back to top |
|
 |
nieys

Joined: 13 Oct 2006 Posts: 30
|
Posted: Mon Feb 12, 2007 8:42 pm Post subject: |
|
|
| faryza wrote: |

oh.. pertama kali saya jumpa orang yang begini.. hihi.. tak hilangkan mood ke semasa membaca ya? kalau saya.... |
|
| Back to top |
|
 |
faryza

Joined: 17 Jul 2005 Posts: 62 Location: sel
|
Posted: Mon Feb 12, 2007 11:27 pm Post subject: |
|
|
hai kak nieys....nape komen mcm tu??sbb saya baca skit2 ke?
sebenarnya sy ni klu dpt novel x leh baca skit2, sekurang2 nye 2 hari k 3 hari mesti dah hbs...tp siap la ,x leh bt ape dh la tido pn x kekadang.tp masa baca kmh ari tu mmg busy giler..tu la trpaksa baca skit2.pastu dh ada masa yg best ulang balik baca terus smua bkn skit2..ihihhiih
mmg la hilang mood, kekadang terpaksa ulang bab sblum tu ... |
|
| Back to top |
|
 |
nieys

Joined: 13 Oct 2006 Posts: 30
|
Posted: Tue Feb 13, 2007 3:26 pm Post subject: |
|
|
| faryza wrote: |
hai kak nieys....nape komen mcm tu??sbb saya baca skit2 ke?
sebenarnya sy ni klu dpt novel x leh baca skit2, sekurang2 nye 2 hari k 3 hari mesti dah hbs...tp siap la ,x leh bt ape dh la tido pn x kekadang.tp masa baca kmh ari tu mmg busy giler..tu la trpaksa baca skit2.pastu dh ada masa yg best ulang balik baca terus smua bkn skit2..ihihhiih
mmg la hilang mood, kekadang terpaksa ulang bab sblum tu ... |
tak salah.. cuma pelik kan.. boleh baca 1 bab terakhir dulu.. ahaks... saya pun jarang habiskan satu novel satu hari.. kalau boleh pun mungkin novel itu tak sampai 400 mukasurat.. puratanya satu hari boleh baca 100-150 mukasurat je satu hari satu malam..  |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman
|