FAQ   Search   Memberlist   Usergroups   Register   Profile   Log in to check your private messages   Log in 

FRAGMEN 49 & AKHIR: JALAN PULANG

 
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> FRAG. NOVEL KE 2: KE MANA HATIMU
View previous topic :: View next topic  
Author Message
eyman hykal



Joined: 08 Jul 2005
Posts: 497

PostPosted: Fri Jul 14, 2006 5:21 pm    Post subject: FRAGMEN 49 & AKHIR: JALAN PULANG Reply with quote

JALAN PULANG

DENGAN langkah longlai, aku menuju ke mejaku. Setibanya aku di sini, aku membuka laci dan mengambil selfon. Terkejutnya aku bila terpandang terdapat 11 panggilan yang tiba ke selfonku. Dan kesemuanya datang dari Khairi! Jejariku segera menekan butang untuk menghubungi Khairi kembali.

Kelihatan skrin selfonku berkelip-kelipan tanda panggilan sedang disambungkan. Sebaik sahaja selfon diletakkan ke telingaku, lagu Hello nyanyian Lionel Richie berkumandang, tanda panggilan sudah disambungkan. Hatiku berdebar-debar menanti.
“Jam berapa Syasya nak balik?”
‘Ah! Bosannya!’ bentak hatiku bila terdengar suara yang tiba-tiba mencelah.
Aku mematikan selfon lalu kuletak di atas meja. Encik Rahim melangkah perlahan menghampiri mejaku. Matanya tak lari dari menatap selfonku di atas meja.
“Cantik selfon awak. Hmm... Samsung SGH T400,” katanya sambil mencapai selfon itu dan digenggamnya.
Aku berdoa agar dia tidak membuka dan melihat kepada siapakah panggilan yang kubuat tadi. Aku malu kalau-kalau dia terpandang perkataan ‘sayangku’ yang menggantikan nombor Khairi terpapar pada skrin selfonku. Aku akan menyinga jika dia cuba membuka selfonku dan menerobos memasuki dunia peribadiku. Tetapi aku mengeluh kecil bila dia meletakkan selfonku kembali di atas meja.

“Pukul berapa Syasya nak balik?” soalnya kembali.
Kata-kata itu menyedarkan aku kembali daripada apa yang bermain di fikiranku.
“Sekejap lagi,” jawabku seringkasnya.
“Jom. Kita pegi minum.”
“Erm... tak payahlah Encik Rahim. Tadi Encik Rahim dah belanja saya makan tengahari.”
“Alah, minum petang aje. Temankan saya cari kopi ginseng. Dalam cuaca yang sejuk-sejuk begini, kalau kita minum kopi ginseng, badan boleh jadi segar semula,” pujuknya.
Aku hanya diam tidak menjawab pelawaannya. Dalam fikiranku masih lagi terngiang-ngiang kata nistanya kepadaku sebentar tadi.
‘Awak bohong pada saya! Hari ini hari kedua awak bertugas di sini dan awak bohong pada saya! Pada hari ketiga awak bekerja di sini, pada hari keempat, hari kelima... apa lagi pembohongan awak, Syasya?’ kata-kata itu berulang-ulang kedengaran di telingaku.

“Awak tinggal di Jalan Rahim Kajai. Lepas minum, biar saya hantar awak balik ke rumah. Jalan tengah jam ni. Teksi pun susah nak dapat dalam keadaan sesak macam ni,” pujuknya lagi.
Betul katanya. Aku ke pejabat dengan menaiki teksi kerana tiada bas yang melalui jalan di hadapan rumahku. Dalam keadaan hujan dan jalan jam, tentu tiada teksi yang sudi menghantarku ke rumah yang tak sampai 2 kilometer dari pejabat ini. Aku mengeluh perlahan.

Dengan berat hati, aku menutup laci dan mencapai tas tanganku. Kemudian kami melangkah beriringan keluar dari pejabat itu.

TAMAT SETAKAT INI...

Pengumuman: Novel KE MANA HATIMU ini telah berada di pasaran.
Dapatkan ia segera.

_________________
Back to top
View user's profile Send private message
faryza



Joined: 17 Jul 2005
Posts: 62
Location: sel

PostPosted: Fri Jul 14, 2006 8:00 pm    Post subject: Reply with quote

tahniah pd en eyman..ahad ni klcc nk tuntut novel ye..hihihhiih Laughing
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Yahoo Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> FRAG. NOVEL KE 2: KE MANA HATIMU All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman