eyman hykal

Joined: 08 Jul 2005 Posts: 496
|
Posted: Thu Jul 17, 2008 1:56 pm Post subject: 23. BUKAN CALANG-CALANG ORANG |
|
|
BUKAN CALANG-CALANG ORANG
Kelab Skyhill, Bukit Bintang, KL
ZACK tiba-tiba memintas mereka berdua. Namun Fariz meneruskan langkah. Ini membuatkan Zack naik angin. Lantas dia menarik lengan baju Fariz . Dengan pantas juga, Fariz memutar tangannya. Gerakan yang menyebabkan tangan Zack terkilas ke belakang dan terkunci.
“Oh, main kasar, ya?” jerkah Zack.
Zack terus melakukan back-kick tetapi Fariz dapat mengelak tubuhnya dari terkena tendangan itu. Oleh kerana kilasan tangannya ke lengan Zack tidak terlepas, dengan mudah dia menolak tubuh Zack hingga lelaki itu tersembam ke lantai. Tubuh Fariz kini menindih badan lelaki itu.
“Engkau mabuk, ni. Mengucap, Zack.... mengucap,” bisik Fariz .
“Untuk apa, mengucap? Kau ingat aku dah nak mati?” jawab Zack.
Kata-kata itu membuatkan Fariz naik angin. Zack tidak mahu mengingati ALLAH dalam kesakitan begitu. Terus dia mengetatkan kunci kilasan tangannya hingga Zack mengadoi.
‘Ah, mungkin air syaitan telah mengabui memori sedarnya. Inilah bahaya minuman keras,’ kata hati Fariz.
Bila terfikirkan itu, Fariz merungkaikan kilasan tangannya. Dia bangun meninggalkan Zack begitu sahaja lalu mengajak Bruce pulang. Namun nalurinya peka akan apa yang datang dari belakangnya. Fariz segera melompat dan memutarkan tubuhnya. Satu libasan padu diberikan. Tepat mengenai pipi Zack yang cuba memukul curi. Zack terhoyong-hayang dan terhumban ke sisi.
“Belasah dia!” perintah Zack.
Beberapa orang kawan-kawan Zack bergegas menghampiri. Dia merebahkan diri ke lantai dan melibas keting Zack. Membuatkan lelaki itu jatuh terlunjur. Fariz terus menerkam Zack dan menolak tubuh lelaki itu hingga dia terbongkok mencium lututnya. Lengan Fariz segera melingkari leher Zack sementara lututnya terus menghempap belakang tubuh lelaki itu. Dalam keadaan itu, Zack tidak dapat bergerak.
“Mengucap, Zack... mengucaplah,” bisik Fariz. “Selagi kau tak mengucap, aku tak akan lepaskan kau! Biar kau mati di sini!”
Bila menyedari dirinya tidak dapat bergerak, baharulah Zack melafazkan dua kalimah syahadah dengan ucapan yang tunggang langgang akibat dipengaruhi alkohol. Melihat keadaan itu, Fariz mengajarnya mengucap sepatah demi sepatah hingga selesai.
Setelah itu, Fariz baharulah Fariz berdiri. Membiarkan Zack yang masih terbaring dan berdengkur di lantai. Tanpa berkata apa-apa lagi dia dan Bruce meninggalkan dewan ini. Membiarkan Zack dan kawan-kawannya termangu-mangu.
Sambil mengekori Fariz , Bruce tersenyum sumbing dan mengangkat keningnya. Rancangannya berjaya. Sememangnya dia sengaja mencari fasal dengan teman Zack untuk melihat sejauh manakah reaksi dan ketangkasan Fariz menanganinya. Dalam diam, dia mula sedar yang Fariz bukan calang-calang orang. Kerana itu, dia harus berhati-hati dengan pemuda ini.
Bersambung Khamis hadapan, 24.7.08, insya-ALLAH.. _________________
 |
|