| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
eyman hykal

Joined: 08 Jul 2005 Posts: 500
|
Posted: Fri Jun 20, 2008 8:59 am Post subject: MODAL AIR LIUR |
|
|
“MODAL PALING BESAR
BAGI KAKI POLITIK IALAH
AIR LIUR!”
MADAH kali ini pedas sikit. Ia timbul kerana aku semakin meluat dengan cerita politik yang tak habis-habis diperkatakan sejak pilihanraya lalu. Semua yang BN buat tak betul, semua yang Pakatan Rakyat buat tak bagus. Mengapa?
Sebab, ramai di kalangan kaki politik di Malaysia tak boleh terima konsep demokrasi! Melalui demokrasi, pilihanraya diadakan untuk pilih kerajaan. Pihak yang kalah kena terima pihak yang menang. Kehidupan harus berjalan seperti biasa. Noktah. Kalau tak setuju, bertekaklah di Parlimen.
Apa ke hal orang Pakatan Rakyat nak goyang kerajaan BN atau orang BN nak hayun kerajaan Pakatan Rakyat? Buang masa. Tak produktif! Bercakaplah tentang ekonomi, tentang masalah sosial, tentang makanan, air dan udara yang makin kotor.
Mengapa tak bercakap mengenai hal-hal lain? Oh ya... sebab hal-hal lain kena buat research, kena ada fakta, kena analisa masalah dan cari jawapan. Sedangkan bercakap tentang politik itu mudah aje. Kalau nak bertekak, bangun tidur dan bercakap dengan air liur basi pun boleh! _________________
 |
|
| Back to top |
|
 |
Norra
Joined: 17 Aug 2005 Posts: 126 Location: Kuala Lumpur
|
Posted: Fri Jun 20, 2008 9:49 am Post subject: |
|
|
Saya dah lama meluat Iaitu sejak kejadian saya dimarah dan dimalukan di hadapan kawan-kawan saya oleh seorang lelaki tua (pengikut taksub BN) kerana jawapan saya menyakiti hatinya. Saya tak anggap apa yang BN a.k.a kerajaan lakukan betul semuanya, tapi tak boleh terima (rasanya saya pernah beritahu En. Eyman tentang hal ni)
Ada ke dia marahkan saya dan kata saya ni rakyat yang tak kenang budi?
Selepas itu, kalau ada orang bertanyakan tentang kesetiaan saya (yelah, ramai selalu berhujah, tak sokong kerajaan bermakna tak setia kepada negara), jawapan saya mudah; kesetiaan saya adalah kepada raja. Senang... _________________ Norra Hassan |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman
|