| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
eyman hykal

Joined: 08 Jul 2005 Posts: 496
|
Posted: Thu Sep 27, 2007 2:00 pm Post subject: QUOTE NIEYS |
|
|
QUOTE NIEYS:
Saya ingin tanya pendapat encik eyman dan rakan pembaca forum. Apakah perenggan paling sesuai untuk sesebuah prolog ataupun awalan bab?
Prolog adalah awalan cerita. Ia boleh ditulis sebagai intro, atau back story ~ maksudnya latar cerita sebelum cerita sebenar. Ataupun ia adalah mind-setting ~ memberi khabar awal akan apa yang menarik. Yang elok, jangan melebihi 3 halaman.
Adakah patut dimulai dengan suasana? Bagaimana sekiranya kita memulakan sesebuah cerita dengan perbuatan ataupun keadaan sesebuah watak? Apakah ianya akan membuatkan pembaca terkejut?
Apa sahaja boleh, asalkan ia mempunyai tempo. Ayat-ayatnya tak boleh terlalu panjang ~ seperti kereta menderum-derum sebelum perlumbaan bermula. Kalau suspens, gunakan ayat pendek-pendek.
Contoh:
ZALIA duduk terperunyuk di atas lantai. Kedua kakinya bertingkah rapat. Pangkal betis terasa menekan dadanya yang sedia berombak sehingga terasa perit. Kedua tangannya saling bertaut di atas kepala lutut dan hujung jemari mengenai bawah hidungnya. Nafasnya mendesah. Menampar-nampar jemarinya. Matanya terkebil-kebil memandang dengan hati yang ketakutan.
Apakah pendapat anda dengan perenggan ini?
1. ZALIA duduk terperunyuk di atas lantai.
Lantai... lantai yang bagaimana? Lantai mosaic, papan, simen, berlendir?
2. Kedua tangannya saling bertaut di atas kepala lutut dan hujung jemari mengenai bawah hidungnya. Saya tidak jelas dengan kedudukan watak. Saya baca berulangkali untuk memahami yang Zalia duduk seperti memeluk lutut. (Pangkal betis atau pangkal paha yang menekan dadanya?)
3. Nafasnya mendesah. Menampar-nampar jari-jemarinya.
Cukup sekadar nafasnya mendesah (tercungap-cungap atau tersekat-sekat).
4. Matanya terkebil-kebil memandang dengan hati yang ketakutan.
Memandang apa? Kegelapan? Bayang-bayang? Hantu? Pendera?
Intro(sebagai prolog) di atas memang boleh. Cuma ia terlalu detail hingga hilang kesan suspens bila pembaca kena bayangkan perlakuan watak. Untuk intro yang suspens, lebihkan suasana sekeliling dahulu, (establishing shot) kemudian baru fokus pada perlakuan watak. (zooming-in).
Demikianlah pandangan saya... _________________
 |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman
|