FAQ   Search   Memberlist   Usergroups   Register   Profile   Log in to check your private messages   Log in 

34. SIAPA BLEBIH PANDAI?

 
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> BERDANSA DENGAN MAUT
View previous topic :: View next topic  
Author Message
eyman hykal



Joined: 08 Jul 2005
Posts: 512

PostPosted: Thu Oct 09, 2008 10:20 pm    Post subject: 34. SIAPA BLEBIH PANDAI? Reply with quote

34

SIAPA LEBIH PANDAI?

“MENGAPA tuan beri alat ini pada saya?” tanya Bruce.
“Saya bukan beri awak! Saya hendak awak berikan pada seseorang.”
“Pada siapa? Siapakah orangnya?” soal Bruce. Tidak sabar.
“Sebelum saya beritahu, awak kenalah pasang alat tu.”
Bruce menggaru kepalanya. Sudah lama dia tidak melihat Silent Dead. Kerana itu dia sudah lupa cara untuk memasangnya.
“Kenapa tak kirim alat yang dah siap? Bukankah lebih senang?”
“Awak nak Jabatan Kastam atau Polis Malaysia tahan awak?” soal Gluke sambil tersenyum sinis.

Sekali lagi Bruce menggaru kepalanya. Tidak terlintas betapa bahayanya alat itu jika sudah terpasang sebagai sebuah alat yang lengkap.
“Maaf, tuan. Sekarang, baru saya faham. Tapi saya dah lupa macam mana hendak pasang alat ini!”
“Kalau macam tu... sebentar lagi, saya akan minta Willem e-melkan manualnya. Bila ada manual, mungkin awak boleh pasangkan alat itu dengan cepat, kan?”
“Secepat mana, tuan?”
“Ia mesti siap petang ini!”

“Petang ini? Saya ada mesyuarat mengenai keputusan usaha sama Globest dengan kita. Ia mesyuarat penting, tuan. Saya perlu berada bersama Saiful sebelum dia melangkah ke bilik mesyuarat Lembaga Pengarah,” rayu Bruce meminta kelonggaran masa.
“Kalau begitu, awak putuskan yang mana satu lebih penting! Awak lebih pandai dari saya, bukan?” kata Gluke seraya mendengus lalu bangun dari kerusinya.

Dengan wajah yang mencuka, Gluke menutup kamera webnya. Wajahnya ghaib dari skrin Bruce. Lelaki itu mendengus geram kerana Gluke menyindirnya. Hampir-hampir penumbuk geramnya memerosok kotak berisi Silent Dead itu. Gluke bagai tidak mengiktiraf susah payahnya membina keyakinan dengan Globest khususnya dengan Tan Sri Saiful.

Bersambung Khamis hadapan, 16.10.08, insya-ALLAH...
_________________
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> BERDANSA DENGAN MAUT All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman