FAQ   Search   Memberlist   Usergroups   Register   Profile   Log in to check your private messages   Log in 

MENGAPA SAYA TIADA AZAM BARU!

 
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> MAAF CAKAP!
View previous topic :: View next topic  
Author Message
eyman hykal



Joined: 08 Jul 2005
Posts: 511

PostPosted: Thu Jan 10, 2008 3:27 pm    Post subject: MENGAPA SAYA TIADA AZAM BARU! Reply with quote

MENGAPA SAYA TIADA AZAM BARU!

BILA 2008 Masehi menjelang, ramai teman-teman merangka dan menulis azam baru. Tapi ada juga teman-teman yang menjadikan 1429 Hijrah sebagai tarikh untuk berazam baru. Sebabnya tahun Hijrah tahun Islam, dan azam baru seharusnya ikut kalendar ini, kata mereka.

Walaupun selama ini mereka menggunakan kalendar Masehi, boleh hafal 12 bulan Masehi tetapi hanya ingat bulan Ramadhan, Syawal dan Muharram sahaja (dan merangkak-rangkak nak mengingatkan 12 bulan kalendar Hijrah yang lain – macam saya jugak), tahun baru Islam juga diambil untuk memperoleh ‘berkat.’ Tak kisahlah, asalkan mereka berasa selasa dengan pilihan masing-masing.

Ada yang bertanya saya, apa azam baru saya? Saya jawab tak ada. Apa? Tak ada! Sebab? Saya dah tak berazam sempena tahun baru. Dulu, adalah saya berazam bila menyambut tahun baru sebab ikut-ikut orang. Kalau orang tanya, apa azam baru awak? Oh, pertama… bla, bla, bla… kedua, bla, bla, bla… ketiga, bla, bla, bla… kesepuluh, bla, bla, blurr… Jangankan tidak, kata orang. Kalau tak berazam, nanti orang akan kata kita ni ketinggalan, tak ada semangat baru, tak global!

TAPI, semakin masa berlalu dan setelah melihat catatan azam baru dalam lipatan diari-diari selama ini, saya dapati banyak azam baru saya tak tercapai. Malah, yang pelik-pelik pun ada. Ada juga azam baru saya tak mau kena saman trafik lagi. Ek, eleh! Macam mana saya boleh fikir macam tu pada tahun 1968 nih? Oh, pada tahun 1967 saya pernah ditahan polis sebab kayuh basikal tak pasang lampu di malam hari! Azam begitu dah tak logik pada hari ini.

Tapi walaupun saya tak berazam baru, saya juga berpindah minda, bersalin perangai maupun bertukar iltizam. Ia dilakukan bila saya rasa saya nak tinggalkan sesuatu kerana sesuatu.

Salah satu pindahan minda yang saya buat telah lakukannya 20 tahun yang lalu. Insya-ALLAH, ia masih kekal. Pindahan minda yang saya lakukan itu adalah perubahan pemikiran saya yang cepat give-up kerana mudah bosan. Akibatnya, belum pun siap apa yang saya lakukan, saya sudah buat benda yang lain. Kira-kiranya saya ni quitter.

Antara kesannya ialah saya akan mudah berhenti kerja kerana malas dengan sesuatu kerja itu. Sebab itu, dalam tempoh 10 tahun saya bekerja, saya telah menyandang 13 jawatan. Akhirnya, bila isteri menegur akan sikap saya yang merisaukannya itu, saya terima nasihatnya dan hentikan perangai suka menukar kerja. Kata-kata hikmat, do what you like, and like what you do itu menjadi pegangan saya.

Satu perangai yang saya telah tinggalkan ialah berhenti menjadi penagih rokok. Saya bukanlah seorang perokok berantai (chain smoker-lah) yang boleh menghisap sampai 60 batang sehari. Tapi setakat 40 batang sehari tu pernahlah juga saya bantai hinggakan terkokol batuk. Pada tahun 2003 saya berhenti kerana saya nak pergi menunaikan haji.

Kata saya di dalam hati, kalau boleh di musim haji nanti aku tak hendak merokok. Kalau lama berhenti, tentu tabiat itu akan mati, fikir saya. Lantas saya mula berhenti merokok di bulan puasa. Berhenti macam tu aje. Tak makan gula-gula, tak makan kuaci, gula getah atau apa jua untuk mengalih perhatian tabiat ketagihan.

Fikir saya, kalau sehari berpuasa tak merokok, takkanlah tak boleh terus berhenti selepas berbuka. Fikiran itulah yang mematikan nafsu untuk merokok. Alhamdulilah… saya dah berhenti jadi penagih rokok tanpa banyak masalah.

DUA tahun lepas doktor kata saya menghidap darah tinggi dan berkolesterol tinggi. Kerana itu saya diarahkan menemui pakar diet. Pakar diet menasihati saya agar menjaga makan kerana saya punyai sejarah diabetis di dalam keluarga. Saya amat terkejut dengan kenyataan doktor kerana penyakit yang dihidapi oleh arwah bapa saya kini bakal menyerang saya. Doktor menasihati saya agar menjaga makan dan bersenam.

Apa yang saya nak buat? Mulalah saya menyarung baju trek dan kasut sukan lalu melakukan jenis sukan yang saya amat gemari ketika masih remaja dulu iaitu berjoging dan bermain badminton. Berjoging biasanya pada pagi Ahad dan bermain badminton hampir setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad.

Alhamdulilah, setelah melebihi dua tahun, saya tidak lagi mengah selepas berlari 50 langkah. Kini saya boleh berjoging dengan selesa sehingga melebihi setengah jam dan menghampiri jarak 5 kilometer. Untuk badminton pula, saya boleh bermain tanpa henti hingga satu setengah jam. Permainan 5 set sudah jadi kebiasaan. Dan saya bermain dengan mereka yang muda 10 tahun dari saya dan ada di antaranya baru menjangkau usia 20 tahun.

Dari segi makan, sudah berbulan saya tak makan nasi pada hari Isnin hingga Khamis. (Jumaat, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa sahaja kecuali batu, kayu dan plastik!) Alhamdulilah, dalam pemeriksaan bulan Disember lalu, saya tiada diabetis, kolesterol dah rendah, fungsi limpa, jantung dan hati semuanya ok. Berat badan saya pun dah turun. Yang tinggal hanyalah tekanan darah tinggi. Yang ini masih boleh dikawal dengan zikir.

Ketiga-tiga perkara iaitu sikap pemalas, penagihan rokok dan pemakanan tidak sihat telah dapat saya ubah. Ia tidak berpunca dari azam tetapi dari niat. Niat itu menjadi amalan yang mengubah tabiat. Akhirnya ia dianuti tanpa rasa sukar malah menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Dan, saya tidak letakkan target bila nak mulakan, dan bila saya mesti capai. Bagi saya, yang boleh ditarget-target hanyalah apa yang orang suruh kita buat. Yang tak boleh ditarget ialah apa yang datang dari diri kita sendiri. Saya manusia yang perlu melayani diri saya.

Dalam setahun, bila sekali dua kawan lama datang bersembang dan mengajak kita menemankan dia merokok, saya layan. Ada hari-hari Ahad yang tak membolehkan saya bersukan, saya kenalah tinggalkan. Ada musim yang mana ada banyak kenduri kahwin, maka saya terpaksalah (diulang~ terpaksalah) menghormati tuan rumah dengan menjamah dua-tiga pinggan nasi minyak setiap rumah yang dikunjungi!

Yang penting dan utama ialah saya melakukan azam kerana saya nak melakukannya, bukan kerana musim atau buat sesuatu kerana ramai orang lain buat pada setiap awal tahun.
_________________
Back to top
View user's profile Send private message
ai-Chan
Moderator


Joined: 19 Jun 2005
Posts: 38

PostPosted: Sun Jan 13, 2008 7:30 am    Post subject: Reply with quote

Ha???
Naek basikal x pasang lmpu pun kene saman ke?
_________________


~the web mistress:ai-Chan
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
eyman hykal



Joined: 08 Jul 2005
Posts: 511

PostPosted: Fri Jan 18, 2008 6:08 am    Post subject: NAIK BASIKAL Reply with quote

ai-Chan wrote:
Ha???
Naek basikal x pasang lmpu pun kene saman ke?

Ai-Chan... Itu karangan bahasa nak sedapkan artikel. Smile Memang boleh disaman kerana langgar undang-undang. Cuma saya pernah kena warning kerana naik basikal tak pasang lampu. Lepas kena lecture, pakcik polis lepaskan, tapi kemudian, tak boleh tunggang basikal. Kena sorong basikal! Bila dah jauh sikit, boleh tunggang semula. Wink

Teringat juga masa kecik-kecik dulu. Bila mentol basikal terbakar dan lampu tak nyala, saya bawa lampu picit sambil kayuh basikal. Bila lalu depan pakcik polis, dia tak tegur pun, walaupun kayuh basikal pakai sebelah tangan. Alah, masa kat kampung dulu, pakcik polis pun kenal ayah saya. Mersing masa tu bandar kecil aje. Very Happy
_________________
Back to top
View user's profile Send private message
ukhti



Joined: 16 Jan 2008
Posts: 8
Location: Malaysia

PostPosted: Fri Jan 18, 2008 10:21 am    Post subject: Re: MENGAPA SAYA TIADA AZAM BARU! Reply with quote

Alhamdulilah… saya dah berhenti jadi penagih rokok tanpa banyak masalah.

=> Alhamdulillah.. Abang saya dulu pun penah jadi perokok,tapi nasib baik dia dah berenti sekarang. Itupun sebab ditegur oleh adik lelaki saya yang berumur 17 tahun. (mybe dia malu kot, =))

Yang tinggal hanyalah tekanan darah tinggi. Yang ini masih boleh dikawal dengan zikir.

=>Mak saya pun mengalami tekanan darah tinggi.Mak minum air ketumbar seminggu skali so that tekanan darah berkurang. Alhamdulillah,selepas mengamalkan minum air ketumbar,tekanan darah mak saya dah stabil.Tapi, doktor cakap mak saya sekarang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi...tak tau napa.Sedangkan,dalam sejarah keluarga kami,takda yang penah mengalami kolesterol tinggi. (myb,kesan sampingan kot)

Ada musim yang mana ada banyak kenduri kahwin, maka saya terpaksalah (diulang~ terpaksalah) menghormati tuan rumah dengan menjamah dua-tiga pinggan nasi minyak setiap rumah yang dikunjungi!

=>Terpaksa ke kalau makan sampai dua-tiga pinggan nasi minyak? Smile
_________________
jadi simbiosis di mana saja berada =)
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
eyman hykal



Joined: 08 Jul 2005
Posts: 511

PostPosted: Mon Jan 21, 2008 5:51 am    Post subject: Re: MENGAPA SAYA TIADA AZAM BARU! Reply with quote

=> Alhamdulillah.. Abang saya dulu pun penah jadi perokok,tapi nasib baik dia dah berenti sekarang. Itupun sebab ditegur oleh adik lelaki saya yang berumur 17 tahun. (mybe dia malu kot, =))
... Saya kenal dengan beberapa teman yang dah kurang merokok kerana selalu ditegur oleh anak masing-masing!

=>Mak saya pun mengalami tekanan darah tinggi.Mak minum air ketumbar seminggu skali so that tekanan darah berkurang. Alhamdulillah,selepas mengamalkan minum air ketumbar,tekanan darah mak saya dah stabil.Tapi, doktor cakap mak saya sekarang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi...tak tau napa.Sedangkan,dalam sejarah keluarga kami,takda yang penah mengalami kolesterol tinggi. (myb,kesan sampingan kot)
... Setahu saya kolesterol tinggi bukan penyakit keturunan. Antara sebabnya ialah daya metabolisme semakin perlahan. Cara meningkatkan metabolisme ialah dengan bersenam yang dibantu dengan penjagaan makan.

=>Terpaksa ke kalau makan sampai dua-tiga pinggan nasi minyak? Smile
... 'ter'paksa ~ tak sengaja paksa diri sendiri utk makan 2-3 pinggan. Wink
_________________
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    eymanhykal Forum Index -> MAAF CAKAP! All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group : Theme and Graphics created by Tim Blackman